PRN SABAH
HomePRNRubin Balang turun padang, pastikan projek pembangunan tidak terhenti

Rubin Balang turun padang, pastikan projek pembangunan tidak terhenti

Read Time:56 Second

TENOM : Semangat juang dan komitmen terhadap rakyat terus ditunjukkan oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang, meskipun DUN Sabah telah dibubarkan baru-baru ini.

Tidak menunggu musim baharu politik bermula, Rubin tetap turun padang meninjau beberapa projek pembangunan di kawasan DUN Kemabong bagi memastikan semua pelaksanaan berjalan lancar dan menepati spesifikasi ditetapkan.

Rubin yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kemabong berkata, setiap projek yang dilaksanakan adalah untuk manfaat jangka panjang penduduk luar bandar, terutama dalam penyediaan kemudahan asas dan prasarana awam.

“Kami mahu pastikan mutu kerja berkualiti, tapak projek selamat dan siap mengikut jadual. Ini bukan soal politik, tetapi soal tanggungjawab kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau beberapa projek di kawasan berkenaan pada Sabtu.

Antara projek yang dipantau termasuk pembinaan dewan serbaguna di beberapa buah kampung, yang bakal menjadi pusat aktiviti sosial, kebudayaan dan komuniti setempat.

Rubin turut menyeru masyarakat agar terus menyokong usaha kerajaan dalam meneruskan agenda pembangunan luar bandar.

“Hanya dengan semangat kerjasama dan muafakat antara kerajaan serta rakyat, kita dapat memastikan setiap projek benar-benar memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat Kemabong,” ujarnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular