PRN SABAH
HomePRNKepimpinan Pemuda GRS Ranau mantapkan gerak kerja jentera pilihan raya

Kepimpinan Pemuda GRS Ranau mantapkan gerak kerja jentera pilihan raya

Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU : Pergerakan Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ranau menzahirkan komitmen padu untuk memenangkan calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) akan datang.

Sokongan itu dizahirkan melalui Jelajah Penerangan Pemuda GRS yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Program tersebut menampilkan ceramah utama oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen, yang mengupas pencapaian dan kejayaan kerajaan negeri di bawah GRS serta menjawab isu-isu politik termasuk tohmahan daripada pihak lawan menjelang PRU DU Sabah Ke-17.

Semangat pemuda terus dibangkitkan oleh Ketua Pemuda GRS Sabah, Datuk Jonnybone J Kurum, yang menekankan pentingnya solidariti, gerak kerja tersusun, kestabilan politik, dan perpaduan dalam memacu pembangunan daerah serta mendengar aspirasi golongan muda.

Sementara itu, Ketua Pemuda GRS Ranau, Rosdi Abd Ghani, memberikan suntikan semangat tambahan kepada para hadirin.

Pada sebelah petang, Pemangku Presiden PBS merangkap Timbalan Presiden GRS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, dan penyandang kerusi DUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, turut hadir memberikan sokongan dan motivasi kepada para pemuda.

Kehadiran pimpinan utama GRS ini bukan sahaja memperkukuh mesej kesepaduan, malah menegaskan peranan penting pemuda dalam meneruskan agenda pembangunan Sabah.

Secara keseluruhan, Jelajah Penerangan Pemuda GRS Ranau berjaya mempererat hubungan antara pimpinan GRS dan barisan pemuda serta memperkukuh gerak kerja jentera parti menjelang PRU DU Sabah Ke-17.

Pemuda GRS Ranau kini bertekad untuk memastikan suara anak muda didengari dan kemenangan calon-calon GRS di daerah ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular