PRN SABAH
HomeUtamaMetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama dua hari bermula hari ini sehingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut dilaporkan terlibat sama adalah di Pantai Barat melibatkanvPapar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud termasuk Kudat serta Labuan.

“Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular