PRN SABAH
HomeUtamaKeputusan hasil 40 peratus uji pemahaman persekutuan terhadap rakyat Sabah - Joniston

Keputusan hasil 40 peratus uji pemahaman persekutuan terhadap rakyat Sabah – Joniston

Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Raul G

KIULU: Keputusan Kerajaan Persekutuan sama ada memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini berhubung tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah akan menjadi ujian sebenar terhadap sejauh mana pemahaman mereka terhadap harapan rakyat Sabah.

Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, beliau berharap hubungan baik antara kerajaan negeri yang diterajui GRS dan Putrajaya akan membuka jalan kepada penyelesaian yang adil dan saksama untuk Sabah berikutan isu terbabit melangkaui kepentingan politik dan hak perlembagaan.

“Perkara ini bukan sekadar isu politik yang memerlukan kemahuan politik, tetapi soal menghormati, memuliakan dan menunaikan hak Sabah.

“Kita berharap, Putrajaya akan mengakui perkara ini dan menunjukkan komitmen tulen untuk menunaikan apa yang dijamin di bawah perlembagaan,” katanya berucap pada Sesi Bertemu Rakyat di Kampung Talantang di sini, pada rabu.

Menurut Joniston, beliau yakin kerajaan persekutuan menyedari sebarang tindakan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi tidak akan diterima baik oleh rakyat.

“Ini bukan masanya untuk mengabaikan harapan rakyat Sabah,” ujar beliau.

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan harus menyemak semula tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah bersama Kerajaan Negeri dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan baharu dalam masa 180 hari.

Keputusan itu, yang dibuat di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2(1), Bahagian IV Jadual Kesepuluh, mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih yang diperoleh daripada negeri ini — satu peruntukan yang tidak dipenuhi sejak tahun 1974.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, menunaikan keputusan mahkamah akan menjadi langkah penting bagi merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur, pertanian dan kemudahan asas.

“Rakyat Sabah sudah menunggu terlalu lama. Apa yang rakyat mahukan sekarang bukan lagi alasan atau penangguhan, namun tindakan tegas dan keberanian politik sebenar untuk menunaikan apa yang dipersetujui,” katanya sambil menegaskan bahawa PBS terus memperjuangkan pelaksanaan hak perlembagaan negeri.

Terdahulu, Joniston turut menyampaikan rumah di bawah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Kampung Talantang.

Sehingga kini, Kiulu menerima lebih 100 rumah SMJ dengan penduduk yang menyambut baik mengenai pengumuman terbaru Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk menambah jumlah rumah SMJ kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular