PRN SABAH
HomeUtamaBefrienders gesa laporan berhubung kesihatan mental lebih sensitif

Befrienders gesa laporan berhubung kesihatan mental lebih sensitif

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Befrienders Malaysia menyeru orang ramai dan pihak media supaya menangani laporan berkaitan kesihatan mental dengan lebih sensitif, bagi mengelakkan stigma dan kesan buruk.

Presidennya, Jessie Ting, mengeluarkan kenyataan itu susulan laporan sebuah akhbar tempatan pada 7 November lalu.

Laporan tersebut memetik kenyataan seorang aktivis politik bahawa tindakan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk membahayakan diri memerlukan kaunseling daripada Befrienders Malaysia.

Laporan tersebut memetik kenyataan seorang aktivis politik yang menyatakan bahawa tindakan seorang ahli perniagaan, Albert Tei, yang mengancam untuk terjun dari Menara Berkembar Petronas merupakan kes yang jelas memerlukan kaunseling daripada Befrienders Malaysia.

Jessie menjelaskan bahawa Befrienders Malaysia adalah organisasi bukan politik, bukan agama, dan bukan bersifat menghakimi, yang menyediakan sokongan emosi kepada sesiapa sahaja yang mengalami tekanan, keputusasaan atau fikiran untuk membunuh diri, tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.

Beliau menegaskan bahawa Befrienders Malaysia tidak memberi komen terhadap kes individu atau membuat penilaian awam mengenai keadaan mana-mana pihak.

“Para sukarelawan kami dilatih untuk mendengar dengan empati dan menjaga kerahsiaan, tanpa memberi nasihat, diagnosis atau pandangan mengenai keadaan mental mana-mana individu atau isu politik.

“Kami juga ingin mengingatkan orang ramai dan media bahawa sebarang perkara berkaitan dengan isu bunuh diri atau krisis kesihatan mental perlu ditangani dengan berhati-hati, selaras dengan garis panduan media untuk mengelakkan stigma dan kesan buruk,” katanya.

Tambahnya, Befrienders Malaysia menggalakkan sesiapa yang berasa tertekan atau putus asa untuk mendapatkan bantuan sama ada daripada Befrienders, rakan rapat, ahli keluarga, atau profesional kesihatan mental.

“Befrienders Malaysia sentiasa bersedia untuk mendengar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular