PRN SABAH
HomePRNPenyelidik MA63 berkongsi visi untuk rakyat Sabah

Penyelidik MA63 berkongsi visi untuk rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN: Lebih 30 individu daripada pelbagai latar belakang menyertai Program ‘Sandakan Exchange’ untuk berinteraksi dengan penyelidik mengenai isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Program yang diadakan di Kopitiam SanDaGen, Hotel Nak di sini, baru-baru ini turut dihadiri penyelidik yang juga kolumnis, Dr Joe Samad.

Joe adalah penulis beberapa buku penting mengenai dilemma Sabah sejak penyertaannya sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia iaitu ‘Revisiting the Social Contract’ dan ‘Unequal Partners’ yang menceritakan bagaimana perbezaan Sabah dan Sarawak, serta hubungan dalam persekutuan Malaysia.

Program itu dianjurkan oleh Pengerusi Future Alam Borneo (FAB), Anton Ngui dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo Chee Kim sebagai platform santai untuk membincangkan isu semasa di negeri ini.

Anton berkata, isu terutama berkaitan MA63 adalah topik yang sering disebut, namun ramai yang masih tidak memahami kesannya kepada rakyat Sabah sehingga ke hari ini.

“Kita berharap program seperti ini terus menyemarak dan berkembang dalam komuniti setempat, serta mendorong lebih ramai pihak berkepentingan menjadi lebih proaktif untuk menentukan hala tuju negeri ini.

“Kita tidak boleh sekadar menyerahkan masa depan kepada keputusan politik yang lemah serta pemimpin yang mengecewakan,” katanya.

Dalam program itu, selain berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama MA63, ia turut disertai dengan sesi soal jawab bersama orang ramai yang menyertai program itu.

Turut hadir pada program itu ialah calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat, Tang Szu Ching.

RELATED ARTICLES
Utama

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular