PRN SABAH
HomePRNGeorge Hiew, Jamawi ucap terima kasih kepada Hajiji atas restu tanding bawah...

George Hiew, Jamawi ucap terima kasih kepada Hajiji atas restu tanding bawah PKR

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan calon PKR Melalap Datuk Jamawi Jaafar bertemu Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyampaikan ucapan terima kasih atas restu beliau untuk mereka bertanding di bawah tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah kali ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, George berkata pertemuan itu diadakan sejurus selepas sesi pengumuman calon PKR bagi menyatakan penghargaan mereka kepada Hajiji yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap kedua-dua bekas ADUN tersebut walaupun mereka bertanding di bawah logo berbeza.

“Saya dan Jamawi ambil masa berjumpa Hajiji untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi restu kepada kami.

“Walaupun kami bertanding atas logo yang berbeza, matlamat tetap sama iaitu untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan demi kebaikan Sabah,” katanya.

George turut mengucapkan tahniah kepada 51 calon GRS yang telah diumumkan setakat ini dan menegaskan semua mempunyai semangat yang sama untuk memajukan negeri.

“Tahniah kepada kesemua calon GRS. Walaupun kita daripada pelbagai parti namun berkongsi tujuan yang sama,” katanya.

Tambah George, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu bekerjasama bagi memastikan kemajuan Sabah, dan slogan Sabah Maju Jaya terus membawa harapan kepada rakyat.

George dan Jamawi diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi masing-masing, Karamunting dan Melalap, pada 9 November lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Ladang Sayur Bukit Layang-Layang jadi model pertanian berimpak tinggi — Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular