Oleh Rhea Dharmin
BEAUFORT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan DUN Klias, Datuk Isnin Aliasneh tiba di pusat penamaan calon bertempat di Dewan Pa Musa, di sini.
Dua calon terbabit yang tiba sekitar jam 8:32 pagi itu disambut dengan sorakan dan alunan gendang oleh penyokong di hadapan pusat penamaan calon.
Suasana di luar pusat penamaan calon masih terkawal dan meriah pada masa sama.
DUN Kuala Penyu bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Datuk Awang Aslee Laka (BN); Dr Monih Epin (WARISAN) dan Dini Ginsik @ Annie Ginsik (Parti Impian Sabah).
Bagi DUN Klias bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu Osin Jilon (BN); Mohd Ariffin Barhim (KDM); Mohd Shaid Othman (WARISAN); Mohammad Hisyam Hazaril (PN) dan Matlani Sabli (Parti Impian Sabah). – SABAH MEDIA



