PRN SABAH
HomePRNPRU DU SABAH KE-17: 596 Calon Sahkan Pertandingan, Pertembungan Besar di 73...

PRU DU SABAH KE-17: 596 Calon Sahkan Pertandingan, Pertembungan Besar di 73 Kerusi

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU, –  Sabah kini secara rasmi memasuki gelanggang rasmi Pilihanraya Dewan Undangan Sabah Ke-17 dengan 596 calon daripada 24 parti serta calon Bebas disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Proses penamaan calon berlangsung serentak di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) melibatkan 73 kerusi di seluruh negeri. SPR turut mengesahkan tiada pencalonan ditolak, menandakan semua kerusi akan menyaksikan saingan penuh.

Menurut kenyataan SPR, calon Bebas muncul sebagai kumpulan terbesar dengan 74 calon bertanding pada PRU kali ini.

Parti-parti utama pula terdiri daripada Warisan (73 calon), diikuti Parti Impian Sabah (PIS) (72), manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengemukakan 55 calon.

Parti STAR menghantar 46 calon, Barisan Nasional (BN) seramai 45, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan 42 calon.

Bagi parti lain, KDM menurunkan 40 calon, UPKO (25), Pakatan Harapan (PH) (22) dan PKS (20).

Parti-parti baharu serta parti kecil turut mengambil tempat, dengan Pejuang, Bersama dan Perpaduan masing-masing menghantar seorang calon.

SPR turut memaklumkan bahawa pertandingan sehingga 14 penjuru berlaku dalam pilihan raya kali ini.

Untuk rekod, PRU Sabah kembali mencatat pertandingan pelbagai penjuru yang tinggi dengan:

6 penjuru melibatkan 13 DUN – jumlah paling besar

7 penjuru (10 DUN)

9 penjuru (10 DUN)

10 penjuru (9 DUN)

14 calon di satu DUN yang mencatat pertandingan iaitu di N44 Tulid.

Hanya dua DUN menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Dari segi jantina pula, seramai 525 calon lelaki dan 71 calon wanita bertanding. Walaupun jumlah calon wanita masih rendah, penyertaan mereka menunjukkan peningkatan berbanding beberapa PRU sebelum ini.

Bagi pecahan umur pula, seramai 205 calon berusia 60 tahun ke atas, dengan statistik penuh seperti berikut:

  • 20–29 tahun: 8 calon
  • 30–39 tahun: 59 calon
  • 40–49 tahun: 146 calon
  • 50–59 tahun: 178 calon
  • 60 tahun ke atas: 205 calon

Calon tertua berumur 86 tahun, bertanding di N.40 Bingkor mewakili PKS.

Calon termuda pula berumur 24 tahun, bertanding di N.62 Silam, juga daripada PKS.

Dengan 596 calon, pertandingan pelbagai penjuru di hampir semua kerusi serta peningkatan calon Bebas dan parti kecil, PRU DUN Sabah Ke-17 dijangka menjadi antara pilihan raya paling kompetitif dan kompleks dalam sejarah politik negeri.

Pilihanraya Dewan Undangan Sabah secara rasminya bermula hari ini, Pengundian awal dijadualkan pada 25 November 2025, manakala hari mengundi ditetapkan pada 29 November 2025.

Maklumat mengenai pusat-pusat mengundi akan dinyatakan melalui Borang 8 (Notis Pilihan Raya) yang telah diwartakan dan dipamerkan di lokasi-lokasi mengundi yang ditetapkan oleh SPR.

layari https://prnsabah.sabahmedia.com/home untuk berita mengenai PRU DU Sabah ke 17

RELATED ARTICLES
Utama

PM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular