PRN SABAH
HomePRNNaib Presiden UPKO, Fairuz Bandar Umum Letak Jawatan Serta-Merta

Naib Presiden UPKO, Fairuz Bandar Umum Letak Jawatan Serta-Merta

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Fairuz Bin Bandar, hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat yang dilihat  Sabah Media, Perletakan jawatan Fairuz dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 12 November 2025 yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson Anggang, yang turut disalurkan kepada kepimpinan tertinggi parti. 

Dalam surat tersebut, Fairuz berkata keputusan itu dibuat selepas “pertimbangan yang mendalam” dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Beliau turut memaklumkan pengunduran dirinya sebagai ahli UPKO, sekali gus menamatkan semua jawatan lain yang disandangnya, termasuk Setiausaha Bahagian UPKO Tuaran, Ketua Perhubungan Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit dan Mana-mana jawatan serta tanggungjawab lain dalam parti

Fairuz merakamkan penghargaan kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedict, barisan kepimpinan parti, ahli dan para penyokong atas kepercayaan yang diberikan sepanjang penglibatan beliau dalam parti.

Beliau turut mendoakan agar UPKO terus cemerlang dalam perjuangan politiknya menjelang PRU DUN Sabah Ke-17.

Peletakan jawatan itu turut dimaklumkan kepada Presiden UPKO dan Ketua Bahagian UPKO Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular