PRN SABAH
HomePRNN.59 SUKAUSokongan berterusan penting bagi teruskan agenda pembangunan Sukau

Sokongan berterusan penting bagi teruskan agenda pembangunan Sukau

Read Time:45 Second

SUKAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan berkata, sokongan berterusan kepada GRS merupakan kunci bagi memastikan kawasan itu terus menikmati limpahan pembangunan.

Berucap pada pertemuan bersama penyokong setempat di Kampung Litang  di sini pada Ahad, Juhari melihat semangat para penyokong GRS di kampung tersebut tetap utuh dan bersemangat tinggi meskipun diadakan lewat malam.

Kehadiran penyokong daripada dua parti komponen GRS, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membuktikan perpaduan dan komitmen mereka untuk memperkukuh barisan gabungan.

“Sokongan padu anda kunci untuk kita melestarikan agenda pembangunan di Sukau. Hanya dengan mandat yang kukuh, GRS dapat merancang dan melaksanakan lebih banyak projek untuk memajukan infrastruktur, ekonomi dan kebajikan rakyat di sini,” kata Juhari.

Kunjungan ini bukan sekadar temu mesra, tetapi merupakan pengukuhan komitmen bersama antara calon dan pengundi untuk memastikan kelangsungan transformasi dan kemajuan di kawasan Sukau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular