PRN SABAH
HomePRNN.22 TANJUNG ARUSuara gig Sabah didengar, Steven Sim dan Chan Foong Hin turun bertemu...

Suara gig Sabah didengar, Steven Sim dan Chan Foong Hin turun bertemu 1,000 anak muda

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Hampir 1,000 pekerja gig dan anak muda berhimpun di Tanjung Aru dalam satu sesi ringkas bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, serta calon Pakatan Harapan bagi DUN Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin, menjadikan kawasan itu meriah dengan konvoi penunggang p-hailing malam tadi.

Steven dan Chan beramah mesra dengan pekerja gig dan anak muda di Tanjung Aru malam tadi.

Sim berkata pertemuan itu memberi gambaran jelas mengenai realiti hidup pekerja gig di Sabah dan harapan mereka terhadap masa depan pekerjaan yang lebih terjamin.

Menurutnya, Parlimen baru-baru ini meluluskan undang-undang baharu yang mengiktiraf pekerja gig sebagai pekerja dari sudut perundangan, sekali gus memastikan mereka menerima perlindungan asas secara automatik.

“Melalui pengiktirafan ini, mereka akan mendapat perlindungan keselamatan sosial, standard pekerjaan yang munasabah serta saluran aduan yang lebih jelas,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sim berkata Sabah sahaja mempunyai kira-kira 100,000 pekerja gig, satu kelompok besar yang sekian lama beroperasi tanpa perlindungan mencukupi.

“Sebab itu undang-undang ini amat penting untuk memastikan mereka tidak terus dibiarkan tanpa jaminan asas sebagai pekerja,” katanya.

Chan beramah mesra dengan salah seorang pekerja gig.

Sim menghargai usaha Chan yang menurutnya konsisten membawa suara pekerja gig Sabah ke peringkat nasional.

Beliau berkata pekerja gig yang hadir meluahkan rasa lega kerana akhirnya wujud rangka undang-undang yang memahami cabaran sebenar mereka, selain mengiktiraf sumbangan besar golongan itu kepada ekonomi negara.

“Kerajaan MADANI percaya setiap pekerja berhak kepada perlindungan sewajarnya. Untuk memastikan perubahan ini benar-benar dirasai rakyat Sabah, kerjasama kukuh antara kerajaan persekutuan dan negeri amat penting,” ujarnya.

Tambah Sim, kehadiran Chan mengukuhkan jalinan kerjasama tersebut sekali gus membantu memastikan dasar baharu itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular