PRN SABAH
HomePRNN.09 TEMPASUKDeposit percuma beli rumah pertama, bantuan bulanan rakyat berumur 60 tahun jika...

Deposit percuma beli rumah pertama, bantuan bulanan rakyat berumur 60 tahun jika GRS kembali memerintah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA BELUD: Anak Sabah yang membeli rumah pertama di negeri ini akan dibantu membayar wang pendahuluan jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kembali memerintah pada 29 November ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata itu antara perkara dalam perancangan kerajaan pimpinannya yang akan dilaksanakan jika diberi semula mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) Ke-17.

“Contohnya, apabila membeli rumah harga di bawah RM500,000, pembeli selalunya diminta membayar deposit antara lima hingga 10 peratus.

“Jika kembali memerintah, kita akan bantu bayar deposit percuma kepada pembeli rumah pertama yang layak,” katanya berucap pada Program Jelajah Rumah Kita, Kita Jaga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan Usukan, di perkarangan kediaman Datuk Japlin Akim di sini, pada Selasa.

Selain itu Hajiji berkata, rakyat Sabah berumur 60 tahun akan diberi bantuan bulanan sebagai inisiatif baharu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan jika GRS memerintah semula.

Katanya, perancangan itu mampu dilaksanakan selepas selesai rundingan mengenai pengembalian hasil 40 peratus Sabah yang sudah mula dirunding dan dijangka akan meningkatkan pendapatan negeri.

“Banyak lagi yang kita rancang tapi saya tidak mahu cakap banyak sekarang kerana nanti mereka di sebelah sana (pembangkang) kata ini semua cakap politik.

“Tapi, apa yang kita lakukan ini adalah untuk mengatasi masalah rakyat, supaya rakyat Sabah dapat menikmati hasil dari kemerdekaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular