PRN SABAH
HomeUtamaPerkhidmatan awam Sabah perlu kekal efisien dan responsif – Razali

Perkhidmatan awam Sabah perlu kekal efisien dan responsif – Razali

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Ketua-ketua jabatan persekutuan digesa untuk memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan dasar dan program Kerajaan Persekutuan di Sabah. 

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab turut mengingatkan agar semua jabatan persekutuan di Sabah memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuan dalam menyokong agenda pembangunan negeri. 

Selain itu, beliau menegaskan kesiapsiagaan, kerjasama antara jabatan serta tadbir urus yang berintegriti merupakan keutamaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Pendekatan itu penting bagi memastikan perkhidmatan awam di negeri ini kekal efisien dan responsif terhadap keperluan rakyat khususnya di Sabah

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan 4 Tahun 2025 yang diadakan di sini.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh seramai 142 ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan.

Turut diadakan dalam mesyuarat tersebut lima pembentangan iaitu dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Institut Integriti Malaysia (IIM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Seri Hashim Paijan.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular