HomePRNN.37 KARANAANKerajaan Rancang Beri Pendidikan Percuma di Institusi Yayasan Sabah Selewatnya 2027...

Kerajaan Rancang Beri Pendidikan Percuma di Institusi Yayasan Sabah Selewatnya 2027 – Masidi

Read Time:1 Minute, 31 Second

Ranau  — Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang untuk melaksanakan pendidikan percuma di semua institusi pendidikan milik Yayasan Sabah selewatnya tahun 2027, susulan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh.

Menteri Kewangan Sabah ( interim) , Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet Negeri sebagai komitmen kerajaan untuk memastikan akses pendidikan berkualiti kepada rakyat tanpa beban kewangan.

Beliau berkata inisiatif itu merangkumi Kolej Yayasan Sabah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan Universiti Kolej Yayasan Sabah, dengan semua yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Jika anak-anak kita belajar di institusi milik Yayasan Sabah, ia adalah percuma. Tidak perlu membayar apa-apa yuran, iin kerana kedudukan kewangan negeri kita bagus. kita mampu membayar dan kita mampu untuk menayar yuran pendidikan kepada semua anak-anak kita katanya dalam ucapan yang dikongsikan melalui sebuah video yang dimuat naik melalui laman facebooknya hari ini.

Masidi yang juga calon bagi Gabungan Rakyat Sabah 9GRS) bagi kerusi Dun Karanaan menegaskan bahawa langkah itu selaras dengan perjuangan kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang layak dan benar-benar memerlukan sokongan, khususnya dalam memastikan masa depan keluarga dan generasi muda Sabah terus terjamin.

Menurutnya, perbincangan mengenai isu-isu besar tidak harus mengatasi keutamaan sebenar rakyat seperti peluang pendidikan, bantuan kesihatan dan keselamatan sosial.

Jangan kita cakap isu besar-besaran, isu yang lebih penting adalah masa depan keluarga kita dan anak kita, Adakah mereka mendapat biasiswa atau tajaan jika masuk universiti, adakah oarang yang membantu kalau dia sakit Siapa yang membantu jika mereka sakit? hantar ke hospital ? Ini perkara asas yang perlu diutamakan,” katanya.

Masidi turut menegaskan bahawa fokus kerajaan negeri adalah memerangi kemiskinan dan memperbaiki taraf hidup rakyat, bukan mencetuskan pertentangan politik.

“Kita tidak mahu bergaduh dengan Perdana Menteri. Kita mahu bergaduh dengan kemiskinan. Kita mahu rakyat mampu hidup sederhana atau hidup dengan baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Anwar Ibrahim
Utama

PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular