PRN SABAH
HomePRNN.68 APASUsaha KKOM wujudkan pusat media pilihan raya mudahkan tugas pengamal media -...

Usaha KKOM wujudkan pusat media pilihan raya mudahkan tugas pengamal media – Nizam

Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Langkah Kementerian Komunikasi Malaysia mewujukan pusat media di Tawau disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memudahkan tugas para pengamal media sepanjang musim Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kewujudan pusat media lengkap dan selesa di Tawau tahun ini memberi akses lebih baik kepada wakil-wakil media.

“Media daripada pelbagai agensi dan organisasi mudah melaksanakan tugasan secara profesional sekali gus menyampaikan laporan tepat kepada rakyat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi kerana mewujudkan pusat media di Tawau khas untuk memberi kemudahan kepada semua wakil media.

“Walaupun saya terlibat dalam pilihan raya sejak 2018 dan 2020, inilah pertama kali saya melihat sendiri pusat media seperti ini,” katanya ketika kepada media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17 di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Wahida Mardiana Norsalim dan beberapa pemimpin GRS DUN Apas.

Nizam berkata, beliau turut menyifatkan keterbukaan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah positif kerana pusat media itu tidak hanya memudahkan parti yang sealiran dengan kerajaan, tetapi juga memberi ruang kepada media yang melaporkan aktiviti pelbagai parti yang bertanding.

“Inilah satu perkara yang cukup baik. Ia menunjukkan keterlibatan semua pihak dan memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan bagaimana media menjalankan tugas mereka. Kita harap pusat media yang selesa seperti ini dapat meningkatkan kecerdasan berfikir dan menghasilkan idea lebih baik dalam laporan berita,” katanya.

Mengulas perkembangan kempennya, Nizam menjelaskan sebagai calon DUN Apas, ia sudah digerakkan lebih awal, bahkan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Apabila pembubaran diumumkan dan seterusnya hari penamaan calon, saya hanya imempertingkatkan gerak kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, maklumbalas daripada penduduk yang ditemuinya sepanjang kempen amat memberangsangkan, hasil khidmat bakti dan kerja lapangannya sejak menjadi wakil rakyat pada 2018.

“Body language orang yang saya jumpa sangat positif. Mereka mengenali saya dan menerima keberadaan saya. Mereka berharap saya dapat terus melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk lima tahun akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular