PRN SABAH
HomePRNN.71 TANJUNG BATURestu bekas ADUN tambah momentum kempen Dr. Andi di Tanjung Batu

Restu bekas ADUN tambah momentum kempen Dr. Andi di Tanjung Batu

Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh  Ahmad Husnayan

TAWAU: Kemunculan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dalam siri kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal, mencuri perhatian apabila beliau secara terbuka memberikan restu terhadap pencalonan tokoh muda itu.

Andi Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan menegaskan, pencalonan Dr. Andi adalah keputusan langsung Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, sekali gus menggambarkan keyakinan kepimpinan tertinggi parti terhadap kemampuan dan rekod profesional beliau.

“Sebagai mantan ADUN, sudah tentu kita mahu melihat pembangunan dan kemajuan berterusan di kawasan ini.

Dr. Andi bergambar bersama jentera dan penduduk yang hadir dalam kempen tersebut.

“Dr. Andi mempunyai rekod cemerlang, termasuk menjadi pengarah hospital termuda pada usia 32 tahun. Saya merestui pencalonan beliau,” katanya ketika berucap dalam program kempen berkenaan, semalam.

Menurutnya, keyakinan terhadap Dr. Andi bukan sekadar atas latar belakang kerjaya, tetapi juga kemampuan beliau memahami keperluan masyarakat setempat, terutama dalam isu kesihatan dan pembangunan sosioekonomi.

Sementara itu, Dr. Andi menyifatkan restu daripada mantan ADUN Tanjung Batu itu sebagai suntikan semangat besar dalam fasa penting kempen pilihan raya.

“Beliau merupakan tokoh berpengalaman luas dalam tadbir urus negeri. Restu ini amat bermakna dan menjadi pendorong kepada saya.

“Sudah tentu pengalaman beliau akan saya jadikan panduan dalam perjuangan ini,” katanya.

Mengulas situasi semasa kempen, Dr. Andi mengakui tumpuan kini adalah memperkemas strategi sepanjang tempoh 14 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk memperbanyakkan sesi turun padang dan dialog bersama masyarakat.

“Keutamaan saya ialah bertemu rakyat secara langsung, mendengar permasalahan mereka dan memberi penjelasan jelas mengenai agenda pembangunan yang ingin dibawa,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai profil pengundi di kawasan itu yang didominasi golongan muda, merangkumi hampir 60 peratus jumlah keseluruhan.

Katanya, faktor itu menjadikan platform digital sebagai medium penting dalam memperluaskan capaian kempen, terutama bagi menyantuni pengundi baharu dan pengundi muda yang lebih mesra maklumat dalam talian.

Dalam masa sama, beliau tidak menafikan terkejut dengan lonjakan sokongan daripada anak muda, termasuk yang sebelum ini dianggap penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

“Saya calon baharu dan kawasan ini pula dianggap kubu BN. Namun, dalam tempoh 6 hingga 7 hari berkempen, sambutan sangat menggalakkan.

“Ini perkembangan positif yang memberi keyakinan kepada pasukan kami,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular