PRN SABAH
HomePRNN.36 KUNDASANGDr. Joachim yakin pertahan Kundasang, teruskan pembangunan

Dr. Joachim yakin pertahan Kundasang, teruskan pembangunan

Read Time:1 Minute, 54 Second

RANAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, kekal optimis menghadapi saingan 10 penjuru, sambil menekankan pengalaman dan rekod kejayaan sebagai asas kepimpinan.

“Manifesto kami ringkas, realistik dan memberi kesinambungan kepada pembangunan sedia ada untuk manfaat rakyat Kundasang,” katanya pada Majlis Mirumo-Rumo Masyarakat PDM Kaingaran dan PDM Timbua, pada Sabtu (22 November).

Dr. Joachim berkata fokusnya adalah memperkukuh pembangunan fizikal, ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Beliau menekankan potensi Kundasang sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah, terkenal dengan keindahan alam semula jadi, cuaca sejuk serta peluang pelancongan ekologi, termasuk sungai besar yang sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Selain itu, pembangunan infrastruktur bukan hanya tertumpu di pekan utama tetapi turut meliputi perkampungan terpencil bagi memastikan akses kemudahan asas kepada semua penduduk. Jalan dari Pekan Ranau ke kampung-kampung besar telah dinaik taraf, sementara pembangunan diteruskan ke Kaingaran termasuk pusat kesihatan dan sekolah.

“Penduduk DUN Kundasang tersebar luas, jadi pembangunan mesti menyeluruh supaya semua pihak mendapat manfaat,” jelas Dr. Joachim.

Sepanjang lebih 20 tahun mewakili kawasan ini, beliau mencatat beberapa pencapaian penting antaranya memperluas bekalan elektrik ke kawasan pedalaman dan membina loji rawatan air untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Projek naik taraf jalan raya turut memudahkan pengangkutan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk secara semula jadi.

Bagi golongan belia, Dr. Joachim menekankan peluang membuka tanah sendiri dan menyertai aktiviti ekonomi tempatan sebagai langkah membina masa depan mampan.

Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan untuk menyokong pembangunan projek belia dan infrastruktur yang boleh dimanfaatkan seluruh masyarakat.

Pelancongan turut menjadi fokus utama. Beberapa zon sungai dipelihara dan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan, manakala projek jambatan gantung dirancang untuk memudahkan akses penduduk kawasan terpencil.

Beliau memberi jaminan setiap peruntukan dan projek pembangunan diagihkan secara adil mengikut keperluan kawasan dan sumber yang tersedia, dengan pendekatan realistik dan berperingkat bagi memastikan pelaksanaan berkesan.

Dr. Joachim dilihat sebagai calon pilihan untuk meneruskan legasi pembangunan di Kundasang.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat N.36 Kundasang, Ustaz Nordin Adzmain Abdul Salam; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dounis Sani; Ketua Daerah, OKK Dominic Ghanie; Pemaju Mukim Timbua; Handdy Jaidi; Ketua Anak Negeri, Aini Tampig; pemimpin-Pemimpin setempat, Ketua-ketua adat serta Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular