PRN SABAH
HomePRNN.15 KIULUWarga emas 92 tahun cekal mengundi, jadikan kewajipan 

Warga emas 92 tahun cekal mengundi, jadikan kewajipan 

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Raul G

KIULU: Meskipun usia semakin uzur, namun ia bukan halangan kepada seorang warga emas berusia 92 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Kondusu Yangkat, ditemui menggunakan kerusi roda di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, kelihatan bersemangat menjalankan tanggungjawabnya mengundi demi masa depan negara.

“Saya tidak ingat berapa kali saya mengundi tetapi saya tidak pernah terlepas mengundi di tempat sama setiap kali hari pengundian,” katanya yang ditemani anak perempuannya, Christina Lansin@Lansui, 55.

Menurut Kondusu, yang kini mempunyai lebih 10 orang cicit, mengakui dia dilayan baik oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika tiba di pusat pengundian.

“Walaupun saya tiba hampir jam 9 pagi, saya tidak perlu menunggu lama di kelas pusat pengundian kerana warga emas seperti saya diberi keistimewaan dan ia memudahkan saya menjalankan urusan lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kewajipan mengundi sangat penting kerana menentukan masa depan generasi muda untuk menikmati kemudahan yang bakal disediakan setiap masa.

Sementara itu, Christina berkata walaupun cuaca hujan renyai, pengundi di sekitar kawasan tetap hadir mengundi lebih awal.

“Kebanyakkan pengundi hadir awal disebabkan mahu mengelakkan cuaca yang lebih buruk seperti kebiasaannya sejak kebelakangan ini apabila hujan lebat kerap berlaku pada sebelah petang,

“Namun, sebahagian lagi pengundi akan turun pada petang kerana menjalani ibadah pada sebelah pagi terutamanya penganut gereja Seven Day Adventist (SDA),” ujarnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular