PRN SABAH
HomeUtamaPM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

PM zahir takziah atas pemergian Bung Moktar

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi BN Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.

“Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.

“Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Allahyarham Bung yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles pada jam 1.46 awal pagi tadi, jenazahnya dimandi dan dikafankan di Masjid Bandaraya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas solat Jumaat hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular