HomeUtamaLelaki ditahan berhubung video tular pukul kanak-kanak

Lelaki ditahan berhubung video tular pukul kanak-kanak

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang sekumpulan pelajar madrasah, dalam satu kejadian yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) serta tular di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 14 Disember 2025, kira-kira jam 11.55 malam, di sebuah premis perniagaan di sekitar Kota Kinabalu, melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta penderaan terhadap kanak-kanak yang tular itu.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi semua pihak yang terlibat. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial rakaman CCTV berdurasi 4 minit 51 saat yang memaparkan seorang lelaki dewasa menendang dan memukul beberapa individu kanak-kanak menggunakan topi keledar.

RELATED ARTICLES
Utama

44 murid SK Sembulan sertai program khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular