HomeUtamaSPR Tetapkan 24 Januari 2026 Bagi PRK Kinabatangan Dan N.58 Lamag

SPR Tetapkan 24 Januari 2026 Bagi PRK Kinabatangan Dan N.58 Lamag

Read Time:1 Minute, 47 Second

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Januari 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag, Sabah.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata  keputusan itu dibuat susulan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.

Menurut Ramlan lagi, hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari 2026, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari 2026.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon pada 10 Januari sehingga jam 11.59 malam, 23 Januari 2026,” katanya di dalam sidang medianya di ibupejabat SPR disini, hari ini.

SPR memaklumkan permohonan undi pos bagi semua kategori akan dibuka mulai 16 Disember 2025 dan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui Portal SPR.

Manakala Tarikh tutup permohonan bagi kategori 1A ( Petugas SPR, Anggota PDRM, ATM dan petugas media pada 8 januari 206 manakala bagi kategori 1B ( Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) pada 6 januari 2026 dan kategori 1C ( agensi / organisasi) pada 6 januari 2026.

SPR turut memaklumkan bahawa bagi mengendalikan PRK berkenaan, SPR akan melantik seramai 1,106 petugas pilihan raya, melibatkan 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran mengundi, serta satu pusat mengundi awal.

Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi kedua-dua PRK akan beroperasi di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan dan Kos keseluruhan pelaksanaan PRK dianggarkan berjumlah RM10 juta.

SPR turut memaklumkan seramai 48,722 pemilih layak mengundi pada PRK berkenaan, berdasarkan Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2025.

Orang ramai boleh membuat semakan maklumat pengundian mulai 5 Januari 2026 melalui portal MySPR Semak, aplikasi mudah alih atau talian hotline SPR.

PRK di Parlimen dan Dun itu dilakukan selepas Penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan telah meninggal dunia pada 1.46 pagi  5 Disember lalu.

Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Pada PRU Dewan Undangan Lamag lalu, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam  saingan enam penjuru.

RELATED ARTICLES
Utama

Didenda RM5,000 gara-gara nombor plat palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular