HomeUtamaBayi lelaki baru lahir ditemui di Taman Awam Teluk Likas

Bayi lelaki baru lahir ditemui di Taman Awam Teluk Likas

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di kawasan Taman Awam Teluk Likas, di sini, awal pagi Sabtu (20 Dis).

Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan selepas makluman awal diterima kira-kira jam 6.30 pagi hasil panggilan telefon daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi terbabit dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak ambulans telah segera dipanggil ke lokasi dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada saksi mata yang melihat kejadian itu, selain kawasan berkenaan tidak dilengkapi kemudahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan individu yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut memaklumkan kejadian berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan susulan berkaitan kebajikan bayi terbabit.

Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, SM Rosmah Pg Hasim di talian 011-316 7612.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi semua pihak yang terlibat.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengurangan insentif wilayah perlu diteliti semula – MMA Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular