HomeUtamaKo-Nelayan terus pacu pembangunan industri perikanan Sabah

Ko-Nelayan terus pacu pembangunan industri perikanan Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri perikanan di negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai program, projek dan inisiatif yang memberi impak langsung kepada peningkatan sosio-ekonomi komuniti nelayan.

Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Awang Besar berkata, pihaknya komited memperkukuh keupayaan nelayan agar lebih berdaya saing, produktif dan mampan selari dengan keperluan semasa industri.

Katanya, usaha ini merangkumi sokongan pembangunan kapasiti, pengurusan organisasi nelayan serta penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Selain memberi fokus kepada kesejahteraan nelayan, Ko-Nelayan turut menekankan aspek tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan program.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat sebenar serta mencapai hasil yang disasarkan.

“Seiring dengan perubahan landskap industri, Ko-Nelayan juga menggalakkan penerapan inovasi dan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memperluas peluang ekonomi dalam sektor perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2026 di sini pada Khamis.

Yusof berkata, langkah itu dilihat mampu membantu nelayan menyesuaikan diri dengan cabaran semasa dan meningkatkan nilai tambah hasil perikanan.

Katanya, Ko-Nelayan yakin peranannya akan terus relevan dan signifikan dalam memacu kemajuan industri perikanan Sabah.

Menurutnya, ia adalah menerusi sokongan padu daripada semua pemegang taruh serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja,

“Komitmen berterusan Ko-Nelayan diharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, menjamin kelestarian sumber perikanan serta meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri rancang naik taraf kemudahan di Taman Memorial Tun Datu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular