KOTA KINABALU: Seramai 190 mangsa telah dipindahkah ke Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon berikutan banjir yang berlaku di daerah itu sejak semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 8 pagi tadi, keseluruhan mangsa yang dipindahkan membabitkan 75 ketua isi rumah (KIR).
“Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPK Selagon adalah seramai 190 mangsa melibatkan 75 KIR setakat jam 8 pagi.
“Manakala sebanyak empat buah kampung dilaporkan terjejas setakat pagi ini,” menurut kenyataan itu di sini pada Sabtu.
Semalam, daerah Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pengisytiharan itu di buat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun pada jam 5 petang pada Jumaat. – SABAH MEDIA



