HomeUtamaBelia diseru rebut peluang dalam keusahawanan dan pertanian

Belia diseru rebut peluang dalam keusahawanan dan pertanian

Read Time:57 Second

SIPITANG: Golongan belia diseru agar lebih proaktif dan berani merebut peluang dalam bidang keusahawanan, khususnya melibatkan sektor pertanian yang mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi setempat.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, bidang pertanian kini mampu dikembangkan sebagai satu perniagaan moden dan berdaya saing sekiranya diusahakan dengan strategi yang betul.

“Anak-anak muda perlu mengambil peluang yang ada di sekeliling mereka. Banyak hasil tempatan seperti durian, nanas, nangka, kelapa pandan dan avokado boleh diusahakan secara komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Mari Makan Durian di daerah ini di sini pada Jumaat.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, penglibatan belia dalam sektor ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan sendiri, malah membantu memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada.

Selain itu katanya, usaha mempromosikan hasil pertanian tempatan juga berpotensi menarik minat pelancong ke Sabah, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.

“Justeru saya mahu para belia supaya lebih kreatif, berinovasi serta tidak takut untuk mencuba bidang baharu, khususnya dalam keusahawanan pertanian yang dilihat mampu menjadi sumber pendapatan mampan pada masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS rancang laksana program Dapur Siswa di semua kolej kediaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular