HomeUtamaBekalan air tidak boleh dikompromi - Hazem Mubarak

Bekalan air tidak boleh dikompromi – Hazem Mubarak

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa memberi jaminan isu bekalan air yang menjadi keperluan asas rakyat akan terus diberi perhatian serius  selain tidak boleh dikompromi.

Beliau berkata, pendekatan turun padang dan keputusan berasaskan fakta amat penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil benar-benar menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya akan memantau perkembangan isu ini dan memastikan maklumat hasil pertemuan dimaklumkan kepada rakyat secara telus. Kepentingan rakyat adalah keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung punca gangguan bekalan serta langkah penyelesaian yang sedang dan akan dilaksanakan.

Hazem berkata, JANS kini sedang menjalankan kerja pembaikan saluran paip utama yang rosak.

Sementara itu, beliau turut mengambil inisiatif menambah tangki simpanan air di beberapa kampung dalam kawasan DUN Sungai Manila yang terjejas.

Selain itu, beliau mengarahkan JANS supaya mempertingkatkan penghantaran bekalan air ke kawasan yang memerlukan sehingga masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya.

Tindakan pantas itu mencerminkan komitmen wakil rakyat berkenaan dalam memastikan kebajikan penduduk Sungai Manila terus terpelihara. – SABAH MEDIA / MEDIA SOSIAL HAZEM MUBARAK

RELATED ARTICLES
Utama

Shahelmey dilantik pengerusi baharu SOGDC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular