HomeUtamaRM15 juta diperuntuk untuk naik taraf laluan Jalan Tebobon–Tuaran

RM15 juta diperuntuk untuk naik taraf laluan Jalan Tebobon–Tuaran

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedang menyediakan skop pembaikan kekal bernilai anggaran RM15 juta bagi menaik taraf keseluruhan laluan Jalan Tebobon–Tuaran, melibatkan jajaran dari Sinaway hingga ke Petronas Tebobon.

JKR dalam satu kenyataan memaklumkan, ia adalah susulan kepada kerosakan jalan di kawasan Pusingan U Sinaway.

Menurut kenyataan itu, kerosakan di lokasi berkenaan dikenal pasti berpunca daripada keadaan tanah asas (subgrade) yang lembut serta sistem perparitan yang tidak sempurna, menyebabkan permukaan jalan mendap khususnya ketika hujan.

Sehubungan itu, pendekatan pembaikan kekal akan dilaksanakan bagi memastikan ketahanan struktur jalan dalam jangka panjang.

Tambah kenyataan itu lagi, JKR Sabah memberi komitmen untuk melaksanakan pembaikan yang berkualiti, selamat dan berdaya tahan, selaras dengan piawaian teknikal yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan dan merancang perjalanan dengan lebih cermat ketika melalui laluan terlibat, sementara perkembangan terkini projek akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi JKR Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Bergerak untuk Kanak-Kanak tingkatkan akses keadilan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular