HomeUtamaInkues Zara: Pengetua tidak dimaklum tentang kenyataan bertulis pelajar

Inkues Zara: Pengetua tidak dimaklum tentang kenyataan bertulis pelajar

Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa pengetua sekolah tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan penyataan bertulis pelajar yang dirakam semasa siasatan dalaman berkaitan insiden melibatkan Zara Qairina Mahathir.

Pengetua sekolah berkenaan, Shaharoom Hashim berkata dia hanya dimaklumkan secara lisan mengenai laporan bertarikh 16 Julai 2025 pada 17 Julai dan bukannya mengenai penyataan bertulis pelajar.

Shaharoom memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Fairuz: Untuk siasatan yang dijalankan pada 16 haribulan, tahu tak tentang penyataan bertulis yang ditulis oleh pelajar-pelajar semasa siasatan dibuat?
Shaharoom: Untuk penyataan tidak dimaklumkan kepada saya. Mereka hanya bagi pelaporan secara lisan.

Fairuz: Cikgu pernah baca atau lihat penyataan-penyataan bertulis pelajar tersebut?
Shaharoom: Tidak dinyatakan kepada saya secara bertulis, bermaksud tidak ada yang saya baca pernyataan bertulis ini sebab mereka bagi pelaporan secara lisan.

Fairuz: Sebagai pentadbir sekolah, kenapa cikgu tak minta untuk lihat atau teliti laporan-laporan atau penyataan bertulis pelajar-pelajar tersebut?
Shaharoom: Saya dimaklumkan pada pagi tersebut mereka menemu bual secara lisan.

Fairuz: Jadi maksudnya, Unit Disiplin sekolah tidak pernah maklumkan cikgu selaku pengetua bahawa mereka ada ambil penyataan bertulis daripada pelajar-pelajar pada 16 Julai?
Shaharoom: Mereka tidak maklumkan kepada saya secara bertulis penyataan yang diambil daripada pelajar.

Fairuz: Cikgu tahu tak ada penyataan bertulis yang dibuat oleh pelajar B, C, D, E dan seorang lagi pada 16 Julai 2025?
Shaharoom: Saya dimaklumkan tentang penyataan bertulis oleh Ustaz Azhari.

Fairuz: Maksudnya, maklumat itu datang daripada Ustaz Azhari dan bukan daripada Unit Disiplin? Selaku pengetua, cikgu tak pernah minta penjelasan Unit Disiplin kenapa maklumat penting daripada penyataan bertulis pelajar-pelajar tersebut tidak dimaklumkan kepada cikgu?
Shaharoom: Sebab pada ketika itu saya berada di hospital dan mereka terus berhubung dengan Ketua Warden, Ustaz Azhari. Ustaz Azhari ialah cikgu yang selalu dihubungi oleh pihak polis untuk meminta apa-apa info tentang sekolah. Jadi mungkin kerana ketidakupayaan saya, mereka tidak maklumkan dan kebetulan siasatan sudah bermula, mereka terus berhubung dengan pihak polis. Jadi saya minta penjelasan pada pagi 17 haribulan itu yang diberi pelaporan secara lisan sahaja.

Fairuz: Cikgu minta penjelasan pada pagi 17 haribulan. Jadi adakah pada 17 haribulan tersebut, cikgu dimaklumkan tentang penyataan bertulis pelajar-pelajar ini ada diambil?
Shaharoom: Pada 17 haribulan itu, mereka hanya melaporkan mereka menemu bual sahaja.

Untuk rekod, pada 25 November 2025, dokumen penting yang sebelum ini tidak didedahkan, iaitu butiran mengenai apa yang berlaku kepada Zara pada malam sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri, telah dibentangkan dan mengejutkan semua pihak di Mahkamah Koroner.

Dokumen berkenaan merupakan pernyataan yang mengandungi pelajar, termasuk beberapa pelajar telah memberi keterangan sebagai saksi kanak-kanak, serta pelajar lain yang tidak dipanggil sebagai saksi.

Pernyataan bertulis tersebut dibuat dua hari selepas kejadian dan disediakan khusus untuk tujuan siasatan dalaman oleh Unit Disiplin sekolah.

Saksi ke-53, Nur Shukriah Mohd Fauzi, dalam keterangannya pada isyarat pendengaran sebelum menyiarkan bahawa kenyataan bertulis berkenaan selama ini hanya disimpan dalam fail Unit Disiplin sekolah.

Shaharoom merupakan antara saksi yang dipanggil semula untuk memberi keterangan. Beliau sebelum ini, sebagai saksi ke-47, telah selesai memberikan keterangannya pada November 2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Lagi pendedahan baharu dalam inkues Zara kejutkan Mahkamah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular