HomeUtamaHajiji ucap tahniah kejayaan atlet Para Sabah di ASEAN Para Games 2025

Hajiji ucap tahniah kejayaan atlet Para Sabah di ASEAN Para Games 2025

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada atlet para negeri Sabah, Heronlee Wong dan Ivan Jovic Suan atas kejayaan cemerlang pada hari pertama ASEAN Para Games Thailand 2025.

Beliau berkata, pencapaian Heronlee yang menghadiahkan pingat emas dalam acara Lempar Cakera F37 serta pingat gangsa bagi acara Lontar Lembing F37, di samping kejayaan Ivan meraih pingat emas dalam acara 200 meter T44, membuktikan ketekunan, disiplin dan semangat juang luar biasa atlet para Sabah di pentas antarabangsa.

Menurut Hajiji, kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama Sabah dan Malaysia, malah menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

“Saya mendoakan agar seluruh kontinjen dan atlet Sabah yang sedang berjuang di Korat terus memberikan yang terbaik. 

“Kerajaan dan rakyat Sabah sentiasa menyokong serta berdiri teguh di belakang anda semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.

Beliau turut berharap kejayaan demi kejayaan akan terus menyusul sepanjang temasya berlangsung, sekali gus mengukuhkan imej Sabah sebagai negeri yang melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua Pegawai Imigresen Disyaki Langgar SOP Pengeluaran Pasport Ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular