HomeUtamaSingapura dijangka buka konsulat di Kota Kinabalu pertengahan tahun ini

Singapura dijangka buka konsulat di Kota Kinabalu pertengahan tahun ini

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Singapura dijangka membuka sebuah pejabat konsulat di Kota Kinabalu menjelang pertengahan tahun ini bagi memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik dengan Sabah dan Sarawak.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata pembukaan konsulat berkenaan akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pelaburan.

Menurut beliau, pihaknya telah meninjau beberapa lokasi berpotensi untuk dijadikan tapak konsulat dan keputusan muktamad dijangka dibuat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Pada lawatan kali ini, kami telah meninjau beberapa lokasi yang berpotensi untuk dijadikan tapak konsulat dan akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Vanu Gopala Menon berkata lawatan tersebut adalah susulan keputusan Kerajaan Malaysia pada November 2025 yang memberi kelulusan terhadap penubuhan konsulat Singapura di Sabah dan Sarawak.

“Usaha berkenaan diharap dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, merancakkan sektor pelancongan serta perdagangan, di samping menarik lebih banyak pelaburan dari Singapura ke Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai sektor pelancongan, beliau berkata Singapura dan Sabah mempunyai potensi besar untuk bekerjasama dalam mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, ini  dengan memanfaatkan tarikan semula jadi bertaraf dunia seperti Pulau Sipadan, Lembangan Maliau dan Lembah Danum.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair, dan Setiausaha Politik, Nicole Neo.

RELATED ARTICLES
Utama

Perundangan adat Anak Negeri Sabah wajar dikemas kini, MAN diperkukuh –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular