HomeUtamaPenghayatan Al-Quran bentuk insan seimbang dan masyarakat harmoni

Penghayatan Al-Quran bentuk insan seimbang dan masyarakat harmoni

Read Time:58 Second

SANDAKAN: Al-Quran bukan sekadar kitab suci, malah berperanan sebagai panduan utama dalam membentuk akhlak mulia, memperkukuh perpaduan serta menangani pelbagai cabaran kehidupan masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata, dalam era dunia digital yang penuh cabaran, Al-Quran wajar dijadikan kompas kehidupan umat Islam.

Menurutnya, penghayatan terhadap Al-Quran mampu membimbing umat Islam agar terus istiqamah, berdisiplin serta berpegang teguh kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sandakan yang berlangsung di sini, pada Jumaat.

Hazem berkata, Al-Quran yang dibaca, dihayati dan diamalkan secara konsisten mampu melahirkan insan seimbang dari segi rohani, intelektual dan sahsiah.

“Ke arah itu, ia seterusnya menyumbang kepada pembinaan masyarakat serta negara yang harmoni dan diberkati,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penganjuran majlis tilawah berkenaan dapat melahirkan umat Islam yang cemerlang bukan sahaja dalam bacaan Al-Quran, malah dalam pengamalan ajarannya.

Tambah beliau, majlis tilawah tersebut turut berperanan penting dalam mengembangkan syiar Islam serta menjadi wadah ilmu dan medan penyatuan ummah.

“Majlis tilawah ini bukan sekadar pertandingan bacaan, tetapi platform untuk memperkukuh perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SLS urges full legal disclosure on Malaysia–Indonesia border processes affecting Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular