HomeEkonomiKinergy Jual 49% Kepentingan Projek Loji Kuasa Perlis kepada B.Grimm Power pada...

Kinergy Jual 49% Kepentingan Projek Loji Kuasa Perlis kepada B.Grimm Power pada RM41.5 Juta

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR, — Kinergy Advancement Bhd menjual 49% kepentingan dalam syarikat projek penjanaan kuasanya kepada pengeluar tenaga swasta Thailand, B.Grimm Power Public Co Ltd, dengan nilai transaksi RM41.52 juta, lapor The Edge.

Langkah itu menyusul selepas pengumuman Kinergy Advancement Bhd awal bulan ini mengenai pembangunan loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) berkapasiti 1.5 gigawatt (GW) di Perlis. Kapasiti muktamad projek tersebut tertakluk kepada kelulusan kawal selia serta fasa pembangunan akhir.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kinergy berkata anak syarikat milik penuhnya, KAB Energy Holdings Sdn Bhd, akan melupuskan 49% pegangan dalam Jati Cakerawala Sdn Bhd, iaitu sayap pelaburan bagi projek kuasa itu  kepada B.Grimm Power Tiara Sdn Bhd, unit milik penuh B.Grimm Power. Jati Cakerawala memegang 80% kepentingan dalam Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd, yang akan membangunkan loji kuasa berkenaan.

Selepas transaksi dimuktamadkan, KAB Energy akan mengekalkan pegangan kawalan 51% dalam Jati Cakerawala, manakala B.Grimm Power Tiara memegang baki 49%.

Menurut Kinergy, kerjasama itu menandakan peralihan strategik kumpulan daripada kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) semata-mata kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

“Infrastruktur adalah komitmen jangka panjang. Apabila membangunkan aset nasional yang perlu beroperasi dengan boleh dipercayai selama beberapa dekad, pemilihan rakan kongsi adalah penting.

Keputusan B.Grimm untuk melabur pada peringkat awal mencerminkan pandangan bersama terhadap nilai jangka panjang tapak ini serta disiplin yang diperlukan untuk membangunkannya dengan betul,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Kinergy, Datuk Lai Keng Onn, dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, “Bagi Kinergy, ini merupakan langkah jelas daripada melaksanakan projek untuk pihak lain kepada membina dan memiliki aset bernilai mampan.”

Projek loji turbin gas itu distrukturkan bagi menjana pendapatan merentasi “pelbagai fasa kitar hayat aset”, kata Kinergy. Selepas pentauliahan, projek dijangka menyediakan pendapatan stabil dan berulang di bawah model IPP. Menurut kenyataan itu lagi, Elektrik yang dijana akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd menerusi perjanjian pembelian tenaga (PPA), yang disasarkan dimuktamadkan menjelang suku ketiga tahun ini. Kerja-kerja EPCC dijangka bermula pada suku pertama 2027, dengan operasi komersial Fasa 1 disasarkan menjelang akhir 2029.

RELATED ARTICLES
Utama

Ahli Parlimen Ranau Gesa Kerusi Parlimen Sabah Diperkasa, Tuntut Hak 40%...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular