HomeUtamaSabah sambut baik cadangan bawa bekalan ikan ke Semenanjung

Sabah sambut baik cadangan bawa bekalan ikan ke Semenanjung

Read Time:1 Minute, 31 Second

BEAUFORT : Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membawa bekalan ikan dari Sabah ke Semenanjung sebagai langkah menangani kenaikan harga ikan di pasaran.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam berkata cadangan itu bukan sahaja mampu menstabilkan bekalan di Semenanjung, malah memberi manfaat besar kepada nelayan di Sabah melalui peningkatan pendapatan.

“Hasil pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mendapati harga ikan di Sabah jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung.

“Keadaan ini membuka peluang kepada nelayan Sabah untuk memasarkan hasil tangkapan ke pasaran yang menawarkan harga lebih baik,” katanya kepada media selepas Majlis Anugerah Janang Gayuh di sini.

Beliau berkata, langkah membawa ikan dari Sabah ke Semenanjung dilihat sebagai satu mekanisme strategik bagi membantu nelayan berdepan peningkatan kos sara hidup.

Pada masa sama, inisiatif itu dijangka dapat menampung keperluan bekalan ikan negara serta mengurangkan tekanan harga kepada pengguna di Semenanjung.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap laporan kematian ikan di Sungai Tagal Kampung Bambangan, Tambunan yang dilaporkan baru-baru ini.

“Masalah ini bukan terjadi di daerah Tambunan saja, malah di Beaufort dan beberapa daerah lain perkara ini turut berlaku. 

“Apabila pembukaan hutan, pembukaan ladang-ladang pertanian yang banyak menggunakan racun rumput ini kesannya sangat membimbangkan terutama kepada alam sekitar khususnya di sungai, anak-anak sungai yang mana ada pembiakan ikan, udang dan sebagainya.

“Perkara ini nanti kita akan bawa dalam perbincangan di peringkat kementerian dan Insya-Allah menteri kita akan bawa di peringkat kabinet untuk mencari mekanisme atau cara untuk kita mengurangkan penggunaan racun.

“Mungkin kita akan hadkan jarak daripada sungai ataupun persekitaran yang sepatutnya yang dibolehkan supaya ikan, udang kita di sungai tidak terancam daripada penggunaan racun ini,” katanya.

Ruslan berkata, isu itu lebih merisaukan memandangkan sumber air dari sungai juga merupakan keperluan harian yang digunakan oleh penduduk setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 22 juta rakyat terima SARA untuk semua bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular