HomeUtamaBanjir Sabah : 336 mangsa berlindung di lima PPS

Banjir Sabah : 336 mangsa berlindung di lima PPS

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Seramai 336 orang daripada 111 keluarga terjejas banjir di dua daerah di Sabah dipindahkan ke lima Pusat Penempatan Sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JBPN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, daerah terlibat adalah di Kota Marudu dan Pitas.

Di Kota Marudu, seramai 274 mangsa melibatkan 83 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2.

Manakala di Pitas, seramai 62 mangsa melibatkan 28 keluarga kini berlindung di empat buat PPS.

Antara PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom dan PPS Dewan Majlis Daerah.

Dua lagi PPS yang diaktifkan di Pitas kini masih dalam proses pendaftaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

YPNM Sabah gesa peniaga elak kartel, pencatutan sepanjang Ramadan

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular