HomeUtamaSIE 2026 platform tarik pelabur, perkukuh industri Sabah

SIE 2026 platform tarik pelabur, perkukuh industri Sabah

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Expo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026 bakal berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula 4 September depan .

Penasihat Persekutuan Industri Sabah (FSI) Datuk Seri Wong Khen Thau berkata, expo itu adalah sebagai usaha mempergiat kemasukan pelabur serta merancakkan pertumbuhan sektor perindustrian negeri.

Beliau berkata, penganjuran SIE 2026 dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik, di samping membuka peluang jaringan perniagaan antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, ekspo berkenaan bukan sekadar medan pameran produk dan perkhidmatan, malah berfungsi sebagai platform padanan perniagaan, perkongsian teknologi serta pertukaran idea yang mampu merangsang pertumbuhan sektor perindustrian negeri.

“SIE 2026 memberi peluang kepada penggiat industri Sabah untuk memperluas pasaran di samping menarik minat pelabur terhadap pelbagai sektor berpotensi termasuk pembuatan, teknologi, logistik dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman pada Isnin.

Wong yang juga Presiden Kehormat FSI memaklumkan kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Musa merasmikan SIE 2026 selain memberi taklimat mengenai aktiviti semasa serta peranan FSI dalam menyokong pembangunan sektor perindustrian di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh autonomi pengurusan alam sekitar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular