HomeUtama16,059 Premis Diperiksa Menerusi Ops Pantau Sempena Bulan Ramadan - Armizan

16,059 Premis Diperiksa Menerusi Ops Pantau Sempena Bulan Ramadan – Armizan

Read Time:2 Minute, 5 Second

PAPAR:  Sebanyak 16,059 premis telah diperiksa dalam tempoh 10 hari pelaksanaan Ops Pantau yang bermula 19 Februari lalu sempena Ramadan ujar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menterinya Datuk Armizan Ali berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 295 kes telah dikesan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.09 juta, manakala 229 kes telah dikenakan kompaun membabitkan jumlah RM57,500.

“Ops Pantau ini dilaksanakan sehingga 20 Mac 2026 bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang, termasuk berkaitan penandaan harga, penggunaan alat timbang dan sukat serta pemantauan bekalan dan harga barangan,” katanya ketika ditemui di program Sentuhan Kasih Advokasi Kepenggunaan dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bagi DUN Kawang, Parlimen Papar di SMK Pengalat, di sini.

Armizan berkata pemeriksaan melibatkan pelbagai premis termasuk Bazaar Ramadan, Bazaar Aidilfitri, pasar awam dan kedai runcit. Daripada 16,059 premis yang diperiksa, sebanyak 6,268 adalah Bazaar Ramadan dengan hanya dua kes direkodkan.

“Ini menunjukkan tahap pematuhan peniaga di bazar Ramadan adalah amat memuaskan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesalahan yang dikesan antaranya melibatkan kegagalan meletakkan tanda harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan mengikut piawaian ditetapkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Ali ketika ditemui di program Sentuhan Kasih Advokasi Kepenggunaan dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bagi DUN Kawang, Parlimen Papar di SMK Pengalat, di sini.

Menyentuh mengenai aduan harga yang tular di media sosial, Katanya kementerian akan mendapatkan maklumat lanjut dan mengeluarkan notis kepada peniaga untuk penjelasan.

“Jika harga yang dijual adalah sama seperti tahun sebelumnya, maka tiada unsur pencatutan atau profiteering,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN diperuntukkan RM300 juta bagi tahun 2026 untuk meneruskan Inisiatif Payung Rahmah termasuk pelaksanaan dan penambahbaikan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

Menurutnya, kerajaan telah memutuskan PGRM sebagai inisiatif tetap di bawah agenda menangani kos sara hidup, dengan pelaksanaan sekurang-kurangnya tiga kali sebulan bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

“Rakyat boleh merujuk takwim PGRM di laman sesawang KPDN untuk mengetahui lokasi dan tarikh pelaksanaan bagi membolehkan perancangan awal dibuat,” katanya.

Beliau berkata barangan yang ditawarkan melalui PGRM dijual pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus, hasil subsidi kerajaan.

Bagi PGRM Ramadan, kementerian menyasarkan sebanyak 1,898 program dilaksanakan sepanjang tempoh Ramadan, dengan 541 program telah dilaksanakan setakat 28 Februari.

Sementara itu, Armizan turut menggalakkan orang ramai supaya terus menyalurkan aduan melalui platform yang disediakan kementerian.

“Kita hanya mempunyai kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa, jadi peranan masyarakat amat penting dalam membantu pemantauan dan memastikan tindakan dapat diambil dengan segera,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tenom paling terjejas, lebih 6,900 mangsa banjir dipindahkan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular