HomeUtamaLelaki dipenjara 10 tahun, 3 sebat amang seksual anak saudara

Lelaki dipenjara 10 tahun, 3 sebat amang seksual anak saudara

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki penganggur dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang masih remaja.

Tertuduh berusia 43 tahun mengaku di hadapan hakim Hurman Hussain melakukan kesalahan itu  terhadap mangsa berusia 17 tahun pada 1 Mac lalu di sebuah rumah dalam daerah penampang.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh di hukum di bawah Seksyen yang sama dan dibaca bersama Sekyen 16(1) Akta yang sama.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a), mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh tangkap serta dua sebatan terhadap tertuduh.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman tambahan penjara tiga tahun dan satu sebatan di bawah Seksyen 16(1).

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu dijalani secara berasingan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berehat di dalam bilik tidurnya apabila pintu bilik diketuk oleh tertuduh dari luar. Apabila mangsa membuka pintu, tertuduh menunjukkan satu kondom dan mendakwa bahawa kondom tersebut adalah milik mangsa.

Tertuduh kemudian masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam sebelum bertindak memeluk mangsa dengan kuat.

Tertuduh mengajak mangsa melakukan hubungan seks dan meraba bahagian dada mangsa. Mangsa kemudian meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pelukan tertuduh sambil menjerit meminta pertolongan.

Selepas tertuduh melepaskan pelukannya, mangsa mengarahkan tertuduh keluar dari bilik tidur tersebut.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, yang membawa kepada penahanan tertuduh pada 2 Mac 2026.

Ketika merayu hukuman ringan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman penjara dikira bermula dari tarikh tangkap dan menyatakan dia ingin menjaga ibunya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat dengan alasan tertuduh sebagai bapa saudara sepatutnya melindungi mangsa daripada sebarang bahaya, lebih-lebih lagi mereka tinggal serumah.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan semasa menjalani hukuman penjara.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum dua sebatan, jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Syor nama keluarga terima Rumah SMJ, CDO Elopura mengaku tidak bersalah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular