HomeUtamaBekas pengarah DIDR berdepan 20 tuduhan subahat terima barang berharga

Bekas pengarah DIDR berdepan 20 tuduhan subahat terima barang berharga

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seorang bekas Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Industri (DIDR) didakwa di Mahkamah Khas Rasuah kerana bersubahat dengan 20 penjawat awam di bawah jabatannya menerima barangan berharga dianggarkan bernilai RM100,000.

Tseu Kei Yui, 58, yang kini merupakan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap 20 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Tseu berdepan tiga pertuduhan melibatkan kes di Tawau, dua di Sandakan manakala selebihnya di Kota Kinabalu.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-20, Tseu yang ketika itu Pengarah DIDR didakwa bersubahat dengan 20 kakitangan tersebut dengan menerima barangan berharga daripada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerja-kerja rasminya di DIDR pada tahun 2023 dan 2024 di beberapa lokasi di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Pertuduhan menyatakan antara barangan berharga yang diterima ialah telefon pintar seperti iPhone 15 Pro Max, tablet, alat muzik dan set peralatan gim, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM100,000.

Tseu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 165 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Tseu diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan deposit RM10,000 serta isterinya sebagai penjamin, dan menetapkan 24 April untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Tseu turut diarahkan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan sekali, menyerahkan pasport antarabangsa, jika ada, kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya semua kes digabungkan dan dibicarakan di Kota Kinabalu.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Batholomew Jingulam mewakili tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didakwa palsukan dokumen bagi kelulusan pembiayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular