HomeUtamaSekolah terjejas banjir perlu dibaik pulih segera - PIBKS

Sekolah terjejas banjir perlu dibaik pulih segera – PIBKS

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Peruntukan bagi membaik pulih kemudahan sekolah yang rosak akibat banjir yang melanda beberapa buah daerah di Sabah perlu disegerakan bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan segera.

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, ia sekali gus membolehkan pelajar kembali ke sekolah tanpa gangguan.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir berulang kali sehingga menjejaskan sekolah-sekolah di kawasan terlibat.

Menurutnya, terdapat sekolah yang mengalami kerosakan sepenuhnya termasuk kemudahan pembelajaran dan peralatan yang rosak akibat ditenggelami air.

“Keadaan ini memerlukan perhatian segera daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya peruntukan dapat disalurkan bagi membaik pulih kemudahan yang rosak.

“Kita mahu sekolah dapat dibuka semula secepat mungkin supaya pelajar boleh kembali ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Shopping Raya’ pelajar asnaf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maktab Sabah di sini pada Khamis.

Arif berkata, pihaknya turut mencadangkan agar aspek lokasi dan sistem saliran diberi perhatian dalam perancangan pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan.

Katanya, pemilihan kawasan yang sesuai serta penyediaan sistem saliran yang baik mampu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekolah.

“Di Sabah, apabila hujan berterusan, banjir mudah berlaku termasuk di kawasan sekolah. 

“Jadi pada masa depan, apabila membina sekolah baharu, kawasan dan sistem saliran perlu diteliti supaya risiko banjir dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti semula kawasan sekolah sedia ada yang sering dilanda banjir bagi mencari penyelesaian terbaik bagi mengelakkan kejadian berulang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah tolak petisyen Pintasan, Fairuz kekal ADUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular