HomeUtamaProgram Singgah Sahur santuni petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan gelandangan

Program Singgah Sahur santuni petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan gelandangan

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Program Singgah Sahur yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) serta beberapa lokasi sekitar bandar raya ini berjaya menyantuni petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan golongan gelandangan sempena bulan Ramadan.

Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas menyerahkan juadah bersahur di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Sembulan.

Program itu dianjurkan oleh Youth Power Club Kota Kinabalu dengan kerjasama Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasn Rakyat) Bahagian Likas sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta membantu golongan yang memerlukan.

Turut menyertai program berkenaan ialah Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas, Syamee Mohd Ron; Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Likas, Noor Azee Ashikeen Asngari serta Adem Firdaus Mohd Bahrin.

Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas menyantuni petugas keselamatan di Balai Polis Kota Kinabalu.

Melalui program itu, ketiga-tiga sayap parti bersama ahli Youth Power Club Kota Kinabalu mengagihkan juadah sahur kepada petugas kesihatan yang bertugas di QEH1, anggota pasukan keselamatan di Balai Polis Kota Kinabalu serta Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu di Sembulan, selain menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini.

Inisiatif itu mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat, khususnya dalam bulan Ramadan yang menekankan nilai ihsan, solidariti dan amalan kebajikan terhadap golongan memerlukan.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh nilai kemanusiaan di samping memberi sokongan moral kepada petugas barisan hadapan serta golongan kurang bernasib baik.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa hadir majlis berbuka puasa bersama warga 5 Divisyen Kem...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular