HomeUtamaKesalahan berulang syabu, buruh dipenjara 12 tahun dan 5 sebatan

Kesalahan berulang syabu, buruh dipenjara 12 tahun dan 5 sebatan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah mengulangi kesalahan penyalahgunaan syabu.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Alliff Hamidi, 31, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Muhamad Alliff didapati bersalah melakukan kesalahan sama pada 20 Ogos 2024 selepas sampel air kencingnya didapati positif penyalahgunaan syabu di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Pertuduhan menyatakan tertuduh mempunyai satu sabitan lampau di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan itu, Muhamad Alliff disabitkan di bawah Seksyen 39C(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun serta sekurang-kurangnya tiga sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapannya dan selepas tamat hukuman, dia diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Dalam rayuan, Muhamad Alliff yang tidak diwakili peguam memohon agar tempoh penjara dikira dari tarikh tangkapannya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat dan supaya hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan.

Bryan berkata kes tersebut melalui perbicaraan penuh dengan enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Bryan turut menyatakan Muhamad Alliff diberi masa mencukupi untuk mengaku bersalah, namun memilih untuk dibicarakan sehingga menyebabkan pembaziran masa dan kos semua pihak.

Beliau menambah tindakan tertuduh itu menunjukkan tiada penyesalan, selain kesalahan dilakukan merupakan kesalahan berulang.

Dalam perbicaraan itu, enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala Muhamad Alliff merupakan satu-satunya saksi pembelaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Peranan komuniti, CSR perkukuh hubungan industri perlombongan emas di Balung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular