HomeUtamaSDB rancang penstrukturan semula, perkukuh peranan GLC Sabah

SDB rancang penstrukturan semula, perkukuh peranan GLC Sabah

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB), Datuk Dr Yusof Yacob mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan memberi penerangan mengenai hala tuju serta cadangan penstrukturan semula SDB bagi memastikan syarikat itu kekal relevan sebagai syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Menurutnya, langkah penstrukturan itu penting bagi memperkukuh peranan SDB dalam menjana pendapatan kerajaan negeri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah secara lebih mampan.

Perbincangan turut menyentuh potensi memperluas portfolio perniagaan syarikat serta meningkatkan kecekapan tadbir urus agar selari dengan keperluan semasa dan cabaran ekonomi global.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan GLC sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

UMS perkasa tadbir urus tangkas, AI jadi teras transformasi 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular