HomeUtamaPerkukuh silaturahim, amalkan nilai murni - Masidi

Perkukuh silaturahim, amalkan nilai murni – Masidi

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun mengajak rakyat di negeri ini agar terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipupuk sepanjang Ramadan dalam kehidupan seharian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan simbol kejayaan umat Islam dalam mendidik diri dengan sifat sabar, ikhlas dan saling membantu.

“Nilai-nilai ini wajar diteruskan demi membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, kepentingan institusi keluarga sebagai asas kepada kestabilan negeri, selain menggalakkan rakyat mengambil peluang di bulan Syawal untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan kekeluargaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk penjawat awam, sektor swasta dan petugas barisan hadapan atas sumbangan mereka dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Menurut beliau, komitmen tersebut seiring dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) yang memberi fokus kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, Masidi menggesa masyarakat agar tidak melupakan golongan kurang bernasib baik dengan terus menghulurkan bantuan dan sokongan supaya kemeriahan Aidilfitri dapat dinikmati bersama.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS pandang serius salah guna logo, nafi ada kaitan dengan ‘Suara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular