HomeUtamaLelaki didapati bersalah edar hampir 6.7kg dadah

Lelaki didapati bersalah edar hampir 6.7kg dadah

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 6,696.4 gram.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Alexander Siew How Wai antara lain berkata mahkamah mendapati tertuduh, Julpekal Mohammad, 45, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Sehubungan itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan dengan ini mensabitkan tertuduh bagi kesalahan tersebut,” katanya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 April untuk keputusan hukuman.

Julpekal didapati melakukan kesalahan itu pada 8 Mei 2022, jam 10 malam, di tempat letak kereta di hadapan Gmart Supermarket, Taman Sri Rugading, Tuaran.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Perbicaraan bermula pada 19 Ogos 2024 dan sepanjang kes pendakwaan, enam saksi telah dipanggil, manakala tertuduh merupakan satu-satunya saksi bagi pihak pembelaan.

Peguam Dominic Chew mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami isteri jual, miliki produk tidak berdaftar didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular