HomeUtamaSabah perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko kesihatan akibat cuaca panas

Sabah perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko kesihatan akibat cuaca panas

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mempertingkatkan langkah pemantauan serta kesiapsiagaan dalam menghadapi risiko kesihatan susulan cuaca panas berterusan, dengan memberi tumpuan kepada keselamatan pekerja luar, komuniti luar bandar dan golongan berisiko.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes berkaitan haba yang dilaporkan di seluruh negara, seperti dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, keadaan itu memberi kesan lebih ketara di Sabah memandangkan ramai rakyat bekerja di luar seperti nelayan, petani dan pekerja ladang yang terdedah secara langsung kepada cuaca panas.

“Risiko pendedahan kepada haba dalam kalangan golongan ini adalah tinggi dan memerlukan perhatian khusus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Julita turut menggesa sekolah, pusat jagaan kanak-kanak serta penjaga agar mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi melindungi kanak-kanak.

Menurutnya, perhatian juga perlu diberikan kepada golongan berisiko lain termasuk warga emas, wanita hamil serta individu yang menghidap penyakit kronik.

“Kerajaan negeri sedang memantau keadaan cuaca secara rapi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan amaran serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kemudahan kesihatan di peringkat daerah juga sentiasa dipantau bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kekal mencukupi,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri komited memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara sepanjang tempoh cuaca panas ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Suami isteri jual, miliki produk tidak berdaftar didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular