HomeUtamaSabah tambah 77 guru di SMAN, SAN

Sabah tambah 77 guru di SMAN, SAN

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 77 jawatan guru ditambah dan diluluskan pada pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini untuk Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) serta Sekolah Agama Negeri (SAN).  

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir berkata penambahan itu adalah sebahagian daripada perancangan berterusan kerajaan negeri untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang semakin meningkat.

“Kelulusan 77 jawatan guru ini berjaya diperolehi dan kita akan mengemukakan beberapa lagi permohonan pada masa akan datang bagi pertimbangan kerajaan.

“Beberapa siri perbincangan juga diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) untuk membuka lebih banyak peluang penambahan tenaga pengajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ditemubual di Sabah FM di sini pada Khamis.

Awang Juri berkata, keperluan jumlah guru agama semakin meningkat berikutan pertambahan sekolah agama negeri di beberapa daerah sebagai memenuhi permintaan masyarakat setempat.

“Setiap pembukaan sekolah baharu perlu diseimbangkan dengan penambahan guru demi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

“JHEAINS akan terus memberi tumpuan terhadap usaha memastikan keseimbangan antara pembukaan sekolah baharu dan penambahan guru dalam usaha menjamin kelangsungan serta kualiti pendidikan di SAN seluruh Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemuda Gagasan Rakyat kecam kenyataan Senator Filipina isu tuntutan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular