HomeUtamaJKNS laksana pelan transformasi tangani pelbagai isu di HQE

JKNS laksana pelan transformasi tangani pelbagai isu di HQE

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melaksanakan beberapa pelan transformasi bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan melibatkan Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang berperanan sebagai pusat rujukan utama bagi 23 buah hospital lain di negeri Sabah.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, antara pelan itu termasuklah transformasi infrastruktur dan aset; penyelesaian isu logistik dan parkir awam serta pengukuhan modal insan dan kebajikan petugas kesihatan.

Bagi menangani isu aset yang usang dan kapasiti hospital yang terhad, JKNS telah mendapat kelulusan aset radiologi baharu bagi menggantikan unit sedia ada untuk memastikan penyampaian perkhidmatan radiologi yang lebih baik. 

Menurut JKNS, kertas cadangan pembinaan blok tambahan kini di fasa akhir bagi meningkatkan kapasiti katil dan menyediakan fasiliti yang lebih kondusif untuk menampung kepadatan pesakit.

“Berhubung dengan isu kekurangan tempat letak kenderaan, JKNS mengambil serius isu kesukaran akses yang dihadapi oleh pesakit dan waris. 

“Oleh itu, penambahan bilangan tempat letak kereta dimasukkan ke dalam skop bangunan klinikal baharu. Terdapat juga kerjasama rapat bersama agensi pusat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menambah baik kemudahan pengangkutan awam ke HQE,” menurut kenyataan itu di sini.

Sementara itu, bagi isu pengagihan tenaga kerja doktor dan pakar, pihak JKNS sedang menyelaraskan semula bagi memastikan keseimbangan nisbah doktor: pesakit di HQE dan hospital daerah. 

Sebagai langkah mengekalkan tenaga mahir sedia ada, JKNS memaklumkan, surat kelayakan elaun-elaun kerana bertukar dan berpindah bagi pegawai lantikan kontrak yang mendapat lantikan tetap di KKM Tahun 2025 bertarikh 29 Januari 2026 telah dikuatkuasakan bagi meringankan beban kewangan petugas barisan hadapan yang terlibat.

“JKNS akan terus memberikan komitmen terbaik untuk memperkukuhkan pelan transformasi ini bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal lestari, berkesan dan mampan, khususnya demi kesihatan rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penjadualan semula rayuan berhubung 40% Sabah tidak jejaskan isu utama –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular