HomeUtamaBlok bangunan SK Binanon musnah terbakar

Blok bangunan SK Binanon musnah terbakar

Read Time:1 Minute, 10 Second

KENINGAU :  Sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Binanon, Sook musnah dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu turut memusnahkan dewan mini, bilik komputer, bilik sains dan stor peralatan sukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 pagi

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 32 kilometer dari balai.

“Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 1 pagi dan melibatkan keluasan kira-kira 25 x 90 kaki persegi.

“Namun ketiadaan liputan komunikasi di lokasi menyebabkan maklumat lewat disalurkan kepada pihak bomba,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan bomba berdepan kesukaran untuk memasuki kawasan kejadian berikutan laluan tidak boleh dilalui jentera berat dan hanya sesuai untuk kenderaan utiliti.

Sejurus tiba katanya, kebakaran itu melibatkan lima bilik termasuk dua kelas iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua yang musnah sepenuhnya dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah berkenaan mempunyai seramai 31 murid yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

“Sekolah ini dikategorikan sebagai SKM  dan kebakaran hanya melibatkan satu blok bangunan sahaja yang menempatkan murid tersebut.

“Oleh itu, sesi persekolahan berjalan seperti biasa kerana satu lagi blok bangunan boleh menampung kesemua murid tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Kerjasama Kinara–Dayang perkukuh peranan Sabah dalam industri minyak dan gas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular