HomeUtamaKomen berunsur fitnah, ibu Zara lapor polis

Komen berunsur fitnah, ibu Zara lapor polis

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina, Noraidah Lamat, telah membuat laporan polis susulan hantaran dan komen di media sosial yang mengandungi tuduhan fitnah, gangguan, dan penghinaan terhadap beliau serta keluarga berhubung kematian anaknya.

Noraidah, yang ditemani oleh pasukan guamannya, Shahlan Jufri dan Datuk Rizwandean M. Borhan, telah membuat laporan polis terhadap pemilik-pemilik akaun tersebut di Balai Polis Karamunsing sekitar jam 3 petang tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan guaman ibu Zara memaklumkan tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan merupakan fitnah serius yang menjejaskan reputasi serta kesejahteraan emosi ibu Zara dan keluarganya.

“Sebarang komen atau spekulasi yang melampaui batas adalah tidak wajar, berpotensi bersifat subjudis serta boleh mengganggu pentadbiran keadilan.

“Pihak kami memandang serius sebarang penyebaran, pengulangan atau penerbitan kenyataan fitnah tersebut. Mana-mana pihak yang terus membuat atau menyebarkan tuduhan tidak berasas akan berdepan dengan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis,” menurut kenyataan itu.

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James turut mewakili ibu Zara.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah asramanya sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 di Hospital Queen Elizabeth.

Prosiding inkues akan bersambung pada 13 hingga 17 April 2026.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 8 bulan ceroboh stor kedai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular